Wednesday, April 4, 2018

SIAPA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Nik Abdul Aziz

Entri hari ini adalah istimewa. Berkenaan dengan seorang pemimpin yang sangat saya kagum.

Saya membesar di negeri Kelantan. Negeri di bawah pemerintahan parti pembangkang di Malaysia

Figura hebat ini memimpin dan mentadbir negeri kami dengan cukup baik selama bertahun-tahun lamanya

Figura ini sangat dengan dekat dengan rakyar Kelantan. Membaca biografi beliau ini membuatkan saya rasa cukup kagum.

Pendidikan beliau bermula dari rumah

Kemudian beliau terus menuntut ilmu sehingga mempunyai degree dan master degree dalam bidang agama. Hebat!

Jom sama-sama kita baca.
_________________________________________________________________________________

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931-2015
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik s
ebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu me
neruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

Puluhan ribu orang menghadiri majlis sembahyang jenazah & pengebumian Nik Aziz


Tuesday, March 13, 2018

SIJIL HALAL SHAKLEE 2018

Berkenaan status halal Shaklee, anda semua tak perlu was-was ye. Setiap tahun Shaklee memang dapat sijil halal dari Islamic Service of America iaitu ISA. 

ISA ini pula diiktiraf oleh JAKIM 

Ini ialah sijil halal Shaklee

Sijil Halal Shaklee 2018




Dan pihak Shaklee sendiri ada keluarkan kenyataan yang ada beberapa produk tu nama lain di USA tapi sama je di Malaysia



Sebagai contoh Vita Lea Iron Plus tu dikenali sebagai Vita Lea Iron Formula di Malaysia

Kenapa nama lain? Sebabnya setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza bagi penetapan nama ni

Tapi jangan risau, nama je berbeza. Kandungan masih sama dan halal

Sila lah guna produk Shaklee dengan penuh yakin okey uolsss

Macam biasa kalau berminat dengan produk Shaklee boleh contact saya kat bawah ye

Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 

  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 
 
www.wasap.my/60137075966

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Sunday, September 17, 2017

TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

Seperti yang kita tau, Vitamin C memainkan peranan yang sangat besar dalam menjadikan kulit kita lebih sihat, cantik dan berseri-seri

Dalam entri yang lepas, saya dah terangkan dengan jelas manfaat dan kebaikan Vitamin C dalam memastikan kulit kekal sihat dan cantik. Anda boleh klik di sini

Dalam entri ni, saya akan sajikan anda dengan 3 testimoni kesan Vitaminn C dalam menjadikan kulit cantik.


TESTIMONI 1: KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

"Ini pengalaman saya sendiri. Bulan 12 hari tu, muka bermasalah teruk. Cuba 2-3 produk untuk kulit tapi makin teruk. Lepas tu terfikir kenapa tak try produk Shaklee sendiri. So dengan guide dari mummy dan nanny, beli lah ESP, VITA C dan GLA COMPLEX. Alhamdulillah, gambar yang sebelah tu lah hasilnya. Sekarang saya maintain guna Vita E, Vita C dan pencuci muka Nutriwhite"


         TESTIMONI 2: KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C


TESTIMONI KLIT CANTIK DENGA N VITAMIN C


"Assalamualaikum dan selamat pagi. Saja-saja nak share testimoni sendiri. 4 bulan pertama konsisten GLA Complex dan Vita E. Sekarang hanya ambil Vita C dan ESP. Sejak ambil Vita C dan ESP, perubahan sangat-sangat ketara dan cepat. Kulit muka lembut, jerawat pasir makin hilang, tumit kaki tak pecah. Yang penting kena sabar. Insyaallah hasilnya manis"


TESTIMONI 3; KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C



" Saya nak share testimoni sendiri. Consume Set Skincare. ESP the best!. Masa ni ambil ESP, Vita E, Vita C dan B Complex"

Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 

  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru





Saturday, September 16, 2017

SHAKLEE EUPHORIA LEADERSHIP TRAINING JOHOR BAHRU

Alhamdulillah pada hari ini 16 September 2017, saya berkesempatan untuk join satu training yang best anjuran upline saya iaitu Master Norita di Silka Hotel Johor Bahru.

Kalau nak tau, saya dah join sebagai Shaklee Independent Distributor sejak tahun 2013

Susur galur saya dalam Shaklee ialah

Master Haji Roslan Ghazali------->Master Norita (Euphoria)-----> Master Zuraifah (S2UFamilies) ------> Master Nadiah Suhaidi (Maestro)-----> (Future Master Coordinator, aminkan ye=) Arinie Ghazali (SME)

Alhamdulillah, group Shaklee yang saya join ni sangat lah supportive dari segi offline mahu pun online

Selalu ada coaching dan bimbingan secara offline dan online di secret group Facebook, whatsapp dan Telegram

Okey berbalik pada Euphoria Leadership Training yang saya join pada 16 September 2017 tu adalah dibawah anjuran Master Norita dan suami.

Yang bestnya tentang kebanyakan program yang dianjurkan oleh team kami dan oleh pihak Shaklee Malaysia sendiri, ialah ia MESRA KELUARGA. Maksudnya kita boleh bawak anak-anak. Macam program yang saya join hari sabtu ni, ramai yang bawak anak-anak, bayi yang tengah menyusu, memang meriah.

Pada program ni, Master Naquib iaitu suami Master Norita menerangkan dua topik yang penting iaitu Marketing Plan Shaklee dan 4 Jenis Warna Individu

Pasal Marketing Plan Shaklee, insyaallah tahun depan akan ada perubahan dan kami diterangkan serba sedikit oleh Master Naquib.

Manakala tajuk 4 Jenis Warna Individu pula fokus pada macam kita nak kembangkan lagi organisasi dengan mengenal pasti warna-warna berbeza setiap individu.

Overall, banyak ilmu yang saya dapat dan kata-kata Master Norita yang saya masih ingat ialah antara sebab kenapa seseorang masih stuck dalam bisnes ialah

1) Tidak jelas tentang BIG WHY sendiri
2) Hanya seronok melihat kejayaan orang lain (tapi tidak berusaha mencipta kejayaan sendiri)

Jom kita layan gambar-gambar sepanjang program tersebut


MASTER NORITA

MASTER NAQUIB

EUPHORIA TRAINING JOHOR BAHRU 16 SEPTEMBER 2017

(FUTURE MASTER ) ARINIE GHAZALI

SHAKLEE EUPHORIA GROUP





BERMINAT NAK JOIN KUMPULAN SHAKLEE KAMI, BOLEH CONTACT SAYA YE


Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 
  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru


KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

Saya pasti anda semua tau yang manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Tubuh badan kita yang Allah ciptakan ini adalah yang terbaik dan sangat unik.

Uniknya tubuh badan kita ini, Allah ciptakan tubuh kita dapat melakukan banyak perkara tapi badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C. Kenapa? Hanya Allah yang tau

Vitamin C adalah satu nutrien yang sangat penting bagi badan kita, tetapi disebabkan badan kita tidak mampu menghasilkan sendiri Vitamin C, jadi kita perlu mengambil Vitamin C dari luar.

KENAPA BADAN KITA PERLUKAN VITAMIN C?

  • Sebagai antioksidan yang baik.

  • memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan gusi, gigi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh kita.

  • Menggalakkan penghasilan kulit sihat dan kulit cantik dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

  • Mengurangkan kedutan. Bila kedutan di muka semakin hilang, kulit akan makin cantik dan awet muda.

  • Melegakan kulit yang kering dan kasar. Kulit yang kering akan menampakkan seseorang kelihatan lebih tua. Jadi Vitamin C akan membantu mengurangkan kulit kering seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit. Seperti yang kita tau, kolagen yang cukup akan menghasilkan kulit yang lebih cantik.

  • Membantu dalam penyembuhan luka. Jerawat yang tumbuh di kulit kadang-kadang menyebabkan luka dan parut. Vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka seterusnya mencantikkan kulit.

  • Mempertahankan kulit dari radikal bebas seterusnya menjadikan kulit cantik.
Pilihan yang terbaik semestinya Sustained Released Vitamin C dari Shaklee

KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

KEISTIMEWAAN SR VITA C SHAKLEE

  • Produk semulajadi yang diperoleh dari ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

  • Mempunyai sistem pelepasan yang melepaskan 500mg dalam masa 5 jam untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran.

  • Ini bersamaan mengambil satu setengah biji oren setiap sejam selama 5 jam.

  • Diperkayakan dengan 120mg biofavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan Vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.  
Bulan ni Septermber 2017, Vitamin C ada promo tau dengan Set The Radiant 4. Jom dapatkan tawaran menarik ni.

free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 
  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Friday, September 15, 2017

TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Salah satu hot product Shaklee untuk kecantikan dan kulit yang sihat cantik sudah semestinya Shaklee Collaen Powder. Dah ramai yang dapat kulit yang lebih mudah, flawless dan cantik dan Shaklee Collagen Powder.

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang Shaklee Collagen Powder ni, anda boleh klik sini dan sini.

Pada entri kali ni, saya nak share dengan anda semua testimoni terbaik Shaklee Collagen Powder ni.

TESTIMONI 1: KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

TESTIMONI 1: KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Picture dua-dua ni memang picture asli..tak pakai make up ke apa..sebab tu sekarang boleh tengok lagi kesan pigmentasi yang semakin samar-samar tu..kalau sekiranya saya apply foundation memang kesan tu hilang rata je dengan kulit..dulu kakak saya sendiri selalu suruh saya guna naturactor bagai..hehehe. Cuma saya rasa masih kalau bersih tang2..dah bertahun dengan jeragat ni..semakin teruk bila mengandung..menjadi jadi

Jadi saya ambil keputusan..biarlah saya tunggu hilang sendiri je dengan supplement Shaklee ni..takyah susah susah nak sembunyikan..sebab saya yakin ia akan hilang..by the way umur saya masih 24tahun (salam perkenalan..saya mama 3 anak kecil :p. ramai pulak dok PM panggil saya kakak..segan..hikhik)

Kesan utama kolagen ni..sangat terasa kulit kita lembutttt je..semakin cerah bukan kat muka je..tapi semua-semua. Kesan calar-calar, sunburn...semua takde dah..sebab dulu saya ni memang ahli persatuan..aktif berjemur, berkhemah sana sini (baru suami cakap tadi haha. Sebab dia taknak tegur sebelum ni takut saya upload picture sendiri. Padahal picture sendiri kat FB pun jarang nak keluar)

TESTIMONI 2: KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

TESTIMONI 2: KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Pic 1st boleh nampk kerut atau kedut kat muka, dan putih pucat dan nampak lebih berusia .

Pic lepas 1 box Collagen Powder, muka nampak tegang, muda dan bersemangat. 

TESTIMONI 3: KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER



"Selama ni saya dok bagi testimoni orang pasal collagen powder Shaklee kan! kali ni saya sendiri nak post pasal saya sendiri..huhuh..saja nak glamour jup..hehehe. Before ni memang la kulit saya memang dah cantik..(perasan yang tiada perasaan) hahaha bajet2 cute gitu..kulit memang cerah tapi takde la cerah ala2 orang putih tu..dan takda la secerah ala-ala negro..hehehe..dulu memang pakai make up make up ni..sebab dah terbiasa pakai..kalau tak pakai rasa macam takda semangat lak ni nak pergi kerja...

But now! saya dah rasa lebih yakin..1st tak payah saya nak fikir, nak research apa foundation yang sesuai dengan kulit saya..bagi tutup cela-cela dan jerawat-jerawat kat muka aku ni hah!! Bila bajet ada lebih..saja-saja nak try collagen powder Shaklee ni..(niat dihati memang nak try jek) lepas makan 5 peket..macam dah nampak kesan..b4 ni pun memang macam dah nampak..terujaaaa beb!!! sekarang dah tak payah makeup2 macam artis..tak payah nak fikir foundation2.." -Cik Zie Jaybee"

Adakah anda pun nak kulit cantik seperti mereka? Jangan segan silu hubungi saya. Bulan ini ada promo special untuk The Radiant 4 termasuk Shaklee Collagen Powder.

ree consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 
  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru

KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Salah satu elemen yang penting untuk mendapat kulit cantik, gebu dan berseri-seri semestinya ialah dengan memastikan kolagen dalam badan adalah mencukupi dan berkualiti.

Badan kita ciptaan Allah ini amat unik. Ia dapat menghasilkan kolagen.

Namun, apabila usia semakin meningkat, kemampuan badan kita untuk menghasilkan kolagen makin berkurang

Jadi amatlah penting untuk kita mendapatkan sumber kolagen tambahan untuk badan bagi memastikan badan sentiasa sihat dan kulit sentiasa cantik.

Pilihan saya sudah semestinya Shaklee Collagen Powder.


KULIT CANTIK DENGAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER



KEISTIMEWAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER:

1. Menyediakan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak dari sisik ikan merah.

2. Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6

3. Berat molekul yang rendah untuk penyerapan yang tinggi.

4. Pek individu untuk pengambilan segera bila-bila di mana sahaja

SHAKLEE COLLAGEN POWDER TERBAIK UNTUK KULIT CANTIK

5 KESAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER UNTUK KULIT CANTIK


1. Untuk kulit yang tegang, anjal dan lembut.

2. Meningkatkan kelembapan kulit.

3. Mengurangkan kedutan dan garis halus.

4. Mengurangkan pori-pori yang kelihatan.

5. Menggalakkan kulit yang lebih cerah dan licin

Wahhh banyak betul manfaat Shaklee Collagen Powder ni kan. Yang pasti Shaklee Collagen Powder sangatlah penting untuk kulit cantik dan berseri-seri


Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee

 
Hubungi saya: 
  

Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564) 

 0137075966
email : arinie.ghazali@gmail.com 

COD: Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...