Wednesday, September 2, 2015

8 RAHSIA KEJAYAAN TAN SRI TONY FERNADES

Pada entri yang lepas saya ada kongsikan suatu temubual dengan Tony Fernandes berkenaan sejarah awal penubuhan Air Asia



Anda boleh klik sini  Sejarah Awal Bagaimana Air Asia Bermula Oleh Tan Sri Tony Fernandes

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda 8 rahsia kejayaan Tan Sri Tony Fernandes dalam membangunkan Air Asia yang peringkat awalnya sebuah syarikat yang ada hutang sebanyak RM 40 juta sehingga menjadi sebuah syarikat yang bernilai ratusan jutaan dollar sekarang ni

  • PERCAYA DENGAN IMPIAN SENDIRI


Asas pertama dalam sesuatu kejayaan sudah tentulah dengan mempunyai KEPERCAYAAN. Seperti Tan Sri Tony Fernandes ni, dari kecil beliau sentiasa terfikir alangkah bagusnya jika ada syarikat tambang murah yang boleh bagi manfaat pada ramai orang. Beliau membesar dengan kepercayaan itu dan akhirnya membentuk keyakinan beliau untuk berimpian mencapainya
  • BERKAWAN DENGAN KAWAN-KAWAN YANG MEMPERCAYAI IMPIAN KITA
Yang ni kita boleh tengok hubungan antara Tan Sri Tony dan Kamarudin bin Meranun (sekarang Datuk) . Tan Sri Tony ada bagitau yang Datuk Kamarudin adalah insan pertama yang tidak mentertawakan beliau apabila beliau menyatakan bahawa impian beliau ingin membuka sebuah syarikat penerbangan.

Dalam menggapai impian, memang akan ada sentiasa insan-insan yang akan memperlekehkan impian kita. Abaikan mereka semua, tinggalkan mereka.

Kita hanya perlu mempercayai impian kita dan sudah pasti akan ada insan-insan yang yakin pada impian kita. Mereka mungkin ibu ayah kita, ahli keluarga atau rakan-rakan kita. Teruskan hubungan rapat kita dengan insan-insan ini yang pastikan boleh memberi sokongan pada kita

Datuk Kamarudin Meranun sekarang ni adalah Non-Independent Executive Chairman and Chairman of Employees Share Option Scheme Committee,AirAsia Berhad

Boleh rujuk profile beliau di sini

Menurut Forbes pula, beliau sekarang ni merupakan individu ke 31 terkaya di Malaysia dengan kekayaan mencecah $ 540 million. Kaya woooo. 

Datuk Kamarudin Meranun
  • MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG YANG MAMPU MEMAJUKAN PERNIAGAAN 
Dalam temubual ini , memang kita boleh tengok dengan jelas hubungan baik Tan Sri Tony dengan perlbagai pihak sangatttt membantu beliau membina semula Air Asia
  • THE ART OF NEGOTIATION (BIJAK BERURUS NIAGA)
Ini salah satu poin yang sangat menarik bagi saya, kita boleh tengok cara Tan Sri Tony ketika pertama kali bertemu Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk membincangkan proposal beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan.

Tan Sri Tony bukannya terus berbincang tentang APA YANG BELIAU NAK, tetapi beliau mulakan dengan sesuatu yang Tun Dr Mahathir suka iaitu CD lagu Tan Sri S.M.Salim
  • SANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGGAPAI IMPIAN
Poin yang ini memang tiada sesiapa pun boleh menafikan. Tun Dr Mahathir pun ada sebut perkara ini. Walaupun banyak halangan, sudah tentu dalam hidup, dalam dunia bisnes memang banyak cabaran. Tapi adakah Tan Sri Tony mengalah dan melupakan impian beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan?? Sudah tentu TIDAKKKK 
  • SANGGUP MELABUR DAN BERKORBAN DEMI MENGGAPAI KEJAYAAN
Dengan jelas dalam temubual tu Tan Sri Tony ada bagitau yang beliau dan Kamarudin sanggup mengcagarkan rumah masing-masing pada pihak bank untuk mendapatkan modal. Bisnes syarikat penerbangan ini bukan industri yang murah, itu antara pengorbanan yang mereka lakukan

Kita semua tidak semestinya mencagarkan rumah sendiri untuk berjaya dalam bisnes tapi yang pasti kita semua MESTI BERKORBAN dan MELABUR untuk berjaya dalam bisnes.

BERKORBAN MASA dan TENAGA untuk berjay

  • MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG MENDATANGKAN MANFAAT PADA RAMAI ORANG
Sesuai dengan taglinenya, 'Now everyone can fly", Air Asia telah berjaya membantu begitu ramai orang untuk terbang ke seluruh dunia dengan harga yang murah

  • MEMBINA JENAMA PERNIAGAAN SENDIRI
Strategi yang sangat baik dilakukan oleh Tan Sri Fernandes dengan bekerjasama dengan pelbagai syarikat lain untuk membina jenama dan memastikan perkhidmatan Air Asia dapat dikenalikan oleh ramai pelanggan

Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua

0 comments:

Post a Comment