Entri kali ni saya nak berkongsi maklumat tentang demam denggi. Asyik-asyik pasal Shaklee je kan. heheh. Jadi kali ni citer pasal demam denggi.
Kenapa saya pilih topik demam denggi? Sebabnya 2 minggu lepas saya demam. Sampai terpaksa amik MC. Masa demam tu macam-macam timbul dalam fikiran saya. Takutnya kalau betul-betul demam denggi. Lagi-lagi lah sekarang ni memang musim denggi. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.
Jadi saya ada mencari maklumat berkenaan demam denggi. Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat pada semua.
APA ITU DEMAM DENGGI?
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
APA TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?
Demam
denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi 3 peringkat iaitu demam
denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
APAKAH SIMPTOM DEMAM DENGGI ?
- Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
- Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan berserta dengan kemunculan ruam.
- Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
![]() |
Ruam di badan adalah antara tanda demam denggi |
- Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
- Kadar kematian amat rendah.
- Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
- Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
- Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
- Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
- Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi
kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas
demam beberapa hari.
Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat
dilihat:
- Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
- Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa.
- Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
DENGGI PADA KANAK-KANAK
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
RAWATAN UNTUK PESAKIT DENGGI
- Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
- Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
- Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam.
- Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan.
- Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
- Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
- Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
- Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Seperti yang dah diberitahu dalam entri saya tadi, demam denggi ni memang tiada ubat. Kalau pergi hospital, pihak hospital akan masukkan cecair dalam badan pesakit untuk menggantikan bendalir yang hilang
Masa saya demam itu hari pun, walaupun bukan demam denggi, saya pun minum banyak air. Pilihan saya ialah air kosong & air Performance Drink Shaklee. Ada jugak diselit pasal Shaklee ye... hehe. Shaklee dah jadi part of my life. Mesti lah Shaklee ada di mana-mana. hehehe.
![]() | ||
Performance Drink Shaklee |
Semoga perkongsian saya berkenaan demam denggi ini dapat memberi manfaat kepada semua
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Free consultation, Best Price & Great Business Opportunities With Shaklee
Hubungi saya:
Arinie Ghazali
Shaklee Independent Distributor (ID : 892564)
0137075966 (call, sms, whatsapp, wechat, telegram)
email : arinie.ghazali@gmail.com
COD-Bandar Baru Uda (JB)
0 comments:
Post a Comment